Tuesday, December 22, 2009

End of Day 1-TS 16949

Time : 9.30am ~ 5:30pm
Auditor: Mr. Raveenthiran - TUV Rheinland.

Incoming Audit Process.


Wrap-up meeting for day 1 result:
NO MAJOR NCR findings!-
yahooooooo.

Alhamdullilah.....Fuh! lega, semua orang boleh senyum walaupun tawar.Hope tomorrow will be the same result....insyALLAH.
Audit harini diperkuatkan dengan kuasa Briayani Gam Prima.-entertain budjet ciput beb!
Kirim salam je dekat Garden Seafood.heh!

Congrats. for day 1 guys!

The Day'

Salam,
Terima Kasih atas usaha & komitment anda semua.
InsyALLAH... setelah segala persiapan dilakukan maka tawakall pula mengambil tempat.

ALL THE BEST GUYS'


la folfo....
lata funsi!

Sunday, December 20, 2009

Layan......

Tensyen nak mengadap audit, rilex jap......





....pipi eh leba pasal banyak bepikir la tu!

Wednesday, December 16, 2009

Sudah Sampai Sini......


Alhamdullilah! ...syukur, kita semakin menghampiri kepenghujungnya-cukup haul beb! Masa yang terasa makin cepat bergerak kadangkala membuatkan kita menjadi seorang yang amat kalut'. Terasa macam baru semalam je kita tengok bunga-api kat KLCC atau berarak sambil berselawat memegang sepanduk masa maal hijrah. - ceh!

Amacam dengan azam tahun 2009? ....bagi anda yang tergolong dalam katagory berjaya memenuhinya, tahniah diucapkan dan kepada mereka yang memang seumur hidup tak pernah dapat melaksanakan azam yang dibuat........percayalah, anda bukan seorang yang gagal kerana sekurang-kurangnya anda masih mempunyai semangat untuk berazam , cuba lagi tahun hadapan-heh!

' OSITM '
Walau apa pun yang sedang atau telah terjadi, hakikatnya company ini masih lagi wujud dan kita masih mendapatkan rezeki disini!
Memang' tiada janji untuk esok...tapi berusahalah sebaik mungkin untuk hari ini-pergh!
Beberapa orang sahabat tidak lagi bersama dengan kita dalam meneruskan perjuangan, diucapkan ribuan terima kasih dan doa kami semoga anda akan lebih berjaya.
(En.Azlan,Uncel,Taliban,Atan,Onn,Ajmal,Wak Din dll....)

Mungkin padang lain lebih hijau rumputnya.....



Untuk semua..., bersamalah kita berusaha untuk yang terbaik !

- WASSALAM-






Saturday, December 12, 2009

The New Saf '

...susun dan rapatkanlah saf'mu!

Tidak semua yang dirancang bakal beroleh kejayaan dan tidak mungkin semua merasa kepuasan dalam setiap keputusan!

- TAWAKALLAH-

Tuesday, October 20, 2009

Tahniah!


Well done guys!....




Tuesday, October 6, 2009

Game Over!

Salam,
Pertama-tama sekali.........



Thanks a lot for all the afford,sir'? and may allah bless you!
- All the best.

Tn.Haji Zulkifli Mahmud over to En. Shamsudin Mohamed Yusof.
- Welcome A'board.

-NO COMMENT-

Thursday, September 17, 2009

Untukmu.........

Salam,







From the desk of Moderator.......

Syukur Alhamdullilah....

Kita semakin sampai ke penghujungnya. sedih....?
Memang sedih bagi mereka yang mengerti akan hakikatnya'

Kepada yang berjaya mengharunginya,rasalah kemanisanya'
Bagi yang gagal diawal,pertengahan mahupun penghujung,
Tanamkan tekad agar ramadan akan datang tidak diulang lagi,
....itupun jika kita masih mampu lagi melihat matahari esok terbenam!

Buat semua, ampun maaf dipinta atas keterlanjuran kata,
Buat hati yang terluka atas marah yang tak mengenal siapa dan bahasa yang berlapik seliper'

Mungkin...tiada janji untuk itu semua tetapi'
Marilah bermaafan sesama KITA!

Wassalam..
-THE MAINT-
Syawal 1430H

Wednesday, September 16, 2009

Memenuhi Keperluan Pelangan.


Ah! sudah, muka dah pucat gubra.

Habisla plan nak beraya sakan macamni.
x berbaloi betul,puasa sebulan, cuti 2 hari je.

Awek & bini dahla ramai.
Macamana nak perabis raya kalau cuti cenonet je.
Nak ambik cuti tahun, bulan 3 dah rembat bagi perabis.
Arghhh.......tekanan! x boleh jadi ni, kena buat sesuatu.


***********************************************************
Kepada : Semua Pekerja (OSISA, OSITM & ACEC)

Perkara : Hari Kerja Pada 24hb September 2009 (Khamis) & 25hb September 2009 (Jumaat)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak syarikat telah memutuskan untuk bekerja seperti biasa pada 24hb (Khamis) & 25hb (Jumaat) September 2009. Oleh itu, semua kakitangan adalah diwajibkan untuk bekerja pada kedua-dua tarikh tersebut. Ini bagi memastikan kita dapat membuat stok yang mencukupi untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Aku rase macamnilah gamaknye kita nak memenuhi keperluan pelangan kita yang mungkin bernafsu besar tu!


Apapun' Relax..., jangan gabra. meh, Layan lagu raya dulu!

Tuesday, August 25, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak...

Bahasa Terindah (Al-Amin)

Yang diucap dalam bahasa terindah,
jawapan yang bertanya didengar nabi,
antara kagum dan khusyuk setiap ayatnya.

Lereng gunung menjadi amat sunyi,
Suara sajak tegas bergema,
Disampai arah berkias maksud serentak,
Tapi jelas intinya.

Tidak sedetik pun Allah menghindar,
atau mencemuh nabi disisi segala didoa,
dipenuhi segala yang dipinta tulus dan,
penuh baraqah.

Yatim ia tak berlindung,
Tidakkah tersedia juga bumbung baginya.
Awal begitu bergantung,
Kini tidakkah merdeka,
Bebas hidupnya.

Al-Amin - By A.Samad Said.
***********************************************************************************
Note: DILARANG MENCARUT & MENGUNAKAN BAHASA YANG KASAR SEPANJANG BULAN RAMADAN!

Assalamualaikum w.b.k.t

It has been a long time since i didn't wrote anything in this great dam' blog. why?
yeahhh! you all know why'. Bla...bla..bla dan bla..bla..

oh yeah, Congrats! we have a follower now. Perantau Senja far away from the land below the wind-Welcome A'board. - ingat lagi engkau kat kitaorang & semoga engkau dapat apa engkau nak!
and the visitor are reaching numbers of 300! and more and more.....alhamdullilah.

There's a lot of things happen since D'day, everything was not well organize and looks like going drown under so fast. Why? arghh... i lost my word!
Bla..bla..bla dan bla..blaaaaa

Life must goes on beb!... so whats new at OSITM.

Business as usual, cuma new rules sesiapa nak masuk kilang kena check temperature pasal H1N1 dan visitor kena declare health status - Babi punya babi'.. huh!


Update manpower 105 orang- beberapa orang yang telah menamatkan perkhidmatan termasuk taliban,pakcik@uncle,amy,onn. ....Mungkin padang yang lain lebih hijau rumputnya, and all the best guys!

Lastly, Selamat mengerjakan rukun islam yg ke3 dengan penuh ketaqwaan dan patuhilah larangan yang berikut:
..tanpa sebarang masalah kerana ;


Wassalam.......

Wednesday, July 15, 2009

I'am Temporary OFF


'Nothing change until today, i' am so frustrated.
.....I'm standing in the river now I'm drowning into sea, gonna need a miracle to save us this time and the savior has just left the town....


Jom lepak Sg.Bill - Bertapa!
<>

Friday, June 26, 2009

Farewell Durian

Hall of Fame


Assalamualaikum w.b.k.t.....
Hari ini merupakan hari terakhir boss kita bersama di OSI Selepas 17 tahun berkhidmat. Satu majlis perpisahan,penyampaian sijil ICC & Pesta makan durian telah diadakan bagi meraikan perpisahan ini!
Apa punya ayat daa....

' Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan orang yang nak berhenti'
Lagi la ntahapapantah punya ayat....

'..Saya sebenarnya sayang kat kamu semua ni,tapi apakan daya saya......'
Ahhh.... tidakkkkk!

Terima kasih la untuk cenderahati ini... saya akan simpan sebagai kenangan!
Cost: RM 150 after nego.
Total collection dari semua pekerja adalah sebanyak RM152.
Terima kasih banyak untuk semua yang menyumbang...jasamu tetap dikenang.

Apa Lagi.... Kasi Belahh......
Perhatian!
Peralatan digambar adalah digunakan untuk tujuan mengopek durian,
Tiada niat lain selain dari durian sahaja.Boleh kira pesta makan durian ke kalau sikit macamni?
Collection dari semua pekerja untuk beli buah durian.
Total: RM 150


Apa ni semua benda nak kena collection, kompeni tak bagi duit ke?
-company tengah sengkek,rugi 9 juta beb!

Kenape! Tak Percaye? well done Pak Dan.

As 25-june- 2009
enchik kalau nak nampak clear lagi, sila click je kat gambar tu . tq.


Bersama Bapak-bapak.

Ajis: Aku terima nikahnya. eeeh silappp...
Sorry la bos kalau ada salah & silap sepanjang kita berkerja bersama!
Lumrah manusia, kita ni kadang-kadang ada tak betulnya.

And the last but not least,
Dear all;
Hari ini merupakan hari terakhir saya bersama OSI setelah berkhidmat selama 17 tahun. Segala kenangan bersama anda semua semasa senang & susah akan tersimpan di hati saya untuk selama-lamanya. Kepayahan mengatasi masalah semasa LM/Iswara, Wira tidak akan saya lupakan. Masih segar dalam ingatan saya kali pertama OSI dapat membekalkan VIVA ke Perodua anda semua tanpa mengira penat lelah bersama-sama saya bekerja siang dan malam. Ada kalangan kita yang terpaksa melupakan berbuka puasa bersama keluarga tetapi tetap bekerja dan terpaksa berbuka puasa di line.
Semua kenangan itu tidak akan saya lupakan sampai keakhir hayat saya. Saya amat berbangga dan berbesar hati dapat bekerja dengan anda semua. Saya percaya saya tidak akan jadi seperti sekarang ini jika bukan kerana anda semua.
Di kesempatan ini saya memohon maaf dari anda semua jika sepanjang perkhidmatan saya ada yang terasa & tersinggung atas cara saya bertindak. Namun segala-galanya ikhlas untuk kebaikan anda semua dan syarikat, tidak lebih dari itu. Mulut saya mungkin celupar tapi hati tetap merasa bersalah untuk membiarkan anda terkapai-kapai. Tunjuk ajar tidak pernah lekang dari saya untuk anda semua. Saya faham tidak semua yang saya lakukan itu dapat memuaskan kehendak hati semua orang. Ketidak puas hati tetap berlaku pada sebahagian dari kita. Sebagai manusia saya tetap ada kekurangan, kerana tidak ada manusia didunia ini yang sempurna melainkan Allah. Itu bukan alasan dan kerana itu saya memerlukan kamu semua untuk saling lengkap melengkapkan antara kita.
Akhir kata kita berdoa kepada Allah agar kita semua dapat melalui semua kepayahan ini dengan jayanya. Kita berdoa OSI akan terus maju. Harapan saya agar kita saling berhubung biar pun jauh.
Terima Kasih yang tidak ternilai dari saya;
Azlan Mohd Sharif
Card No: 3029.

FROM ALL OF US
Well Done Sir & All The Best!

wassalam............

Thursday, June 25, 2009

Tension? Rilexla kejap .....

Sebagai sebuah syarikat yang beroperasi berlandaskan peraturan yang telah ditetapkan, disenaraikan antara undang-undang pelik yang mungkin boleh digunapakai!
Undang-undang pelik tetapi mungkin ada logiknya dinegara tersebut...mungkin?


Undang-Undang Pelik Seluruh Dunia

THAILAND :
* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.

SWISS :
* Dilarang berkebun di hari minggu.

SWEDIA :
* Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.

SINGAPURA :
* Dilarang berjalan (bogel)
* Tidak flusk jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.

UNITED KINGDOM :
* Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
* Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.

MEXICO :
* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat memprovokasi rakan kerja selama jam kerja.
* Dilarang memaki di tempat umum.

AUSTRALIA :
* Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
* Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.

YUNANI :
* Dilarang mengenakan topi di stadium , kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.

KANADA :
* Dilarang menempel plester luka di tempat umum.
* Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
* Dilarang memanjat pokok.

PERANCIS :
* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.

ISRAEL :
* Dilarang memelihara babi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.

AMERIKA :-
- ARIZONA :
* Dilarang memandu tanpa kasut.
* Dilarang bermain domino di hari Minggu.
* Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
* Dilarang memandu dengan mata tertutup.

- ALASKA :
* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
* Dilarang memberi minum bir pada rusa.
* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

- ARKANSAS :
* Suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
* Wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.

- CALIFORNIA :
* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

- COLORADO :
* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan Anda ditahan olehnya.

- CONNECTICUT:
* Dilarang mencium istrinya di hari Minggu.

- FLORIDA :
* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

- WASHINGTON :
* Dilarang menyusui anak di tempat awam.

* Mungkin boleh masuk dalam ESS. heh...

Credit to: akuinsan bi@s@

Friday, June 19, 2009

Syukur.....

PER : MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN2009/2010 –KALI 1
Merujuk kepada perkara diatas , majlis tersebut akan diadakan di OSITM seperti berikut :-
Tarikh : Khamis bersamaan 18 Jun 2009-4.30petang
Tempat : Kawasan Lapang di Tengah Kilang
Jemputan : Kepada Semua Pekerja OSITM
Aturcara adalah seperti yang dilampirkan:-
Segala kerjasama daripada anda sangat hargai .
“MEMOHON SESUATU KEBAIKAN ADALAH DITUNTUT UNTUK SETIAP UMAT ISLAM’


Tuan Pengerusi Surau bersama Ustaz Yusmizam menerangkan berkenaan Solat sunat hajat dan matlamatnya.

MATLAMAT MAJLIS DIADAKAN :-
1. DITEGUHKAN KEIMANAN DAN DIBERI HIDAYAH PADA HATI SETIAP WARGA OSI DAN SELURUH U
MAT MUHAMAD SAW AMNYA

2. DIPOHON KESELAMATAN KEPADA SELURUH
WARGA OSI DAN UMAT ISLAM SEMU
ANYA
DARI SEBARANG KECELA
KAAN DAN MUSIBAH
DI DUNIA SERTA DIPELIHARA DARI AZAB
SIKSAAN DIAKHI
RAT .
3. DIBUKAKAN PINTU-PINTU REZEKI SELUAS-LUASNYA DAN MENJADIKAN TEMPAT MENCARI REZEKI MAJU DAN SENTOSA.

4. MENJADIKAN PERJALANAN KERJA LEBIH
LANCAR,KOMITET DAN BERDEDIKASI SERTA AMAN DARI SEGALA.
Majlis dimulakan dengan solat Asar.

Solat Sunat Hajat.

Majlis Bacaan Yassin

Majlis Jamuan.


alhamdullilah....., segalanya berjalan dengan lancar dan semoga kami semua mendapat keberkatan.....aminnnnn.

Credit to: AJK surau Al-Basith & Bert for d'picture.


Monday, June 15, 2009

Bowling

Karnival Sukan OSITM2009
Acara: Bowling
Tarikh: 14-June-2009
Venue: Bukit Beruntung Golf & Country Resort
Weather:Just nice
Masa:10 pagi sampai 1 tengahari.

Untuk pengetahuan area Tanjung malim mana ada shopping complex so, tempat terdekat untuk main bowling adalah- Bukit Beruntung, lebih kurang 30minit perjalanan.

Nice place(club house) banyak facilities.

Normal rate untuk 1 frame adalah 4.50+Gov.tax 5%.-None Members.
Tapi bola boleh dikatakan semua dah barai tapi untuk golongan expert? macam kitaorang kira bolehla!


Ketibaan para peserta pertandingan.
Majlis Perasmian kejohanan telah dilakukan oleh En.Azlan.
" Hari-hari Asyik pikir pasal kerjaje, boring jugak kan?"

Ya ...Betulllllll...
Kami semua sokong!

Get set, ready & goooooo...
Apa lagi, kasi pecahhhhhh!

Fakta:
Dekat sini sahaja kalau kita pakai kasut kaler lain sebelah orang tak gelak,
Kalau tempat lain, sah-sah kena gelak sampai guling@2.


Juara Berpasukan
Senyummmm......!

Tahniah!


Well done guys!
Aktiviti yang dianggap berjaya dari segi penganjuranya,
semua orang happy, happy ke? kepada yang kalah pun kena happy jugak!
Jumpa Lagi Tahun Hadapan.!
Insyaallah.......

Credit to: liza,bert,ajis,sawal,ana,

Friday, June 12, 2009

Konvensyen ICC Wilayah Tengah-MPC

Firstly, Tahniah kepada kumpulan Pelangi kerana telah layak menyertai Konvensyen ICC MPC selepas menerima anugerah Emas semasa Mini Konvensyen 2009.

Senarai nama kumpulan & syarikat.

Berjuang bersama-sama kumpulan yang boleh dianggap gergasi & poineer adalah sesuatu yang boleh dibanggakan memandangkan usia penubuhan kumpulan ini ... tapi kalian sudah membuktikan bahawa tiada yang mustahil!
Tapi...keputusan macam dah boleh dijangkakan..je pasal, belum start apa-apa lagi kereta dah problem tengah Highway, kenala pulak patah balik......

Pemandu A: Truttt...trutttt.....aaa...alooo atong! itu BGY ada problem la, itu dia punya enjin sudah bunyi!

Atong: haiyaaa... mopikolailoooo. ini macam sudah habit laaaa...misti tulun injen punyaa, pasaiaaa lia punya munyi banyak kuat ooooo....!


Aahhh.. lantakla, apapun ambik gambar dulu.
Ready 1,2, sengehhhh.....

*note: gambar saje diblurr, effek katanye....pirahhhh
Makan macam biasa..marvolouss!
Inilah plak piala untuk Hadiah penyertaan.
Kalau menang dapek omeh, lopehtu dapek pulak poyie state.
tompi nak buek can'no.
But it's OK beb, to be in this level, all of you had done a good job.

WELL DONE GUYS!


Sepak Takr@w

Karnival Sukan OSITM2009
Acara: Sepak Takraw

Tarikh:
16-Mei-2009
Venue: OSITM-Parking Lot.

Weather:Panas Bedengung
Masa:9.00pagi sampai 2.40 petang. -
umangai kemain lamo do!

WELL DONE GUYS!

Hall Of Fame

Sepak Mula!
Tahniah, 2 kali main 2 kali kalah.

Serangan kaki lurus dan pertahanan menggunakan bontot!
Uuuu..ganah mu weh!

Libasan Terbang oleh anok buah nik aziz.

Sengeh...senyum!


ini kalau pasukan amerika nengok mesti nangis punye,
pasai main takrow pun pakai sepek. pehhh!
-SAFETY FIRST-beb.

Lucky draw, hadiah Melow(Milo)!-Wan Merton
congrat's......

Juara - Rumah Biru
Hadiahnye adalah Hamper dan seorang budak!...lumayan?
memang lumayann

Naib Juara -Rumah Merah
muka orang kalah. kenala bersedih,
mana boleh gembira!

Tempat Ketiga -Rumah Kuning
Hadiah khas juri-pemain paling fency...?
Bersama dato'K.

Pasukan Kuning

Pasukan Merah

Pasukan Biru.


What A great game!
Semua orang enjoy. satu lagi kejayaan Jawatankuasa Kelab Sukan dalam menganjurkan aktiviti sukan di OSITM.
Walaupun dalam serba kekurangan tetapi hasil yang amat membangakan.
Masa aktiviti dan selepas, aku boleh nampak dan rasa hubungan antara pekerja makin erat, semangat setiakawan dan saling menghormati makin tinggi. cewahh..!
-Engkorang memang Best-

Credit to:Ajis,bert,faizul,wak din,zailan,zulham,sawal, aku?

Pasal Best , aku bagi satu lagu.
terimalah.....