Wednesday, December 16, 2009

Sudah Sampai Sini......


Alhamdullilah! ...syukur, kita semakin menghampiri kepenghujungnya-cukup haul beb! Masa yang terasa makin cepat bergerak kadangkala membuatkan kita menjadi seorang yang amat kalut'. Terasa macam baru semalam je kita tengok bunga-api kat KLCC atau berarak sambil berselawat memegang sepanduk masa maal hijrah. - ceh!

Amacam dengan azam tahun 2009? ....bagi anda yang tergolong dalam katagory berjaya memenuhinya, tahniah diucapkan dan kepada mereka yang memang seumur hidup tak pernah dapat melaksanakan azam yang dibuat........percayalah, anda bukan seorang yang gagal kerana sekurang-kurangnya anda masih mempunyai semangat untuk berazam , cuba lagi tahun hadapan-heh!

' OSITM '
Walau apa pun yang sedang atau telah terjadi, hakikatnya company ini masih lagi wujud dan kita masih mendapatkan rezeki disini!
Memang' tiada janji untuk esok...tapi berusahalah sebaik mungkin untuk hari ini-pergh!
Beberapa orang sahabat tidak lagi bersama dengan kita dalam meneruskan perjuangan, diucapkan ribuan terima kasih dan doa kami semoga anda akan lebih berjaya.
(En.Azlan,Uncel,Taliban,Atan,Onn,Ajmal,Wak Din dll....)

Mungkin padang lain lebih hijau rumputnya.....



Untuk semua..., bersamalah kita berusaha untuk yang terbaik !

- WASSALAM-






2 comments:

  1. Patah tumbuh hilang berganti,setiap insan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Terimalah seadanya.....

    ReplyDelete
  2. dan yang tumbuh berganti tak mungkin akan sama fitrahnya ....wallahualam.

    ReplyDelete