Assalamualaikum w.b.k.t.....
Hari ini merupakan hari terakhir boss kita bersama di OSI Selepas 17 tahun berkhidmat. Satu majlis perpisahan,penyampaian sijil ICC & Pesta makan durian telah diadakan bagi meraikan perpisahan ini!
Apa punya ayat daa....
Apa punya ayat daa....
Lagi la ntahapapantah punya ayat....
'..Saya sebenarnya sayang kat kamu semua ni,tapi apakan daya saya......'
Ahhh.... tidakkkkk!
'..Saya sebenarnya sayang kat kamu semua ni,tapi apakan daya saya......'Ahhh.... tidakkkkk!
Cost: RM 150 after nego.
Total collection dari semua pekerja adalah sebanyak RM152.
Terima kasih banyak untuk semua yang menyumbang...jasamu tetap dikenang.
Total collection dari semua pekerja adalah sebanyak RM152.
Terima kasih banyak untuk semua yang menyumbang...jasamu tetap dikenang.
Apa Lagi.... Kasi Belahh......Perhatian!
Peralatan digambar adalah digunakan untuk tujuan mengopek durian,
Tiada niat lain selain dari durian sahaja.
Boleh kira pesta makan durian ke kalau sikit  macamni?Collection dari semua pekerja untuk beli buah durian.
Total: RM 150
Apa ni semua benda nak kena collection, kompeni tak bagi duit ke?
-company tengah sengkek,rugi 9 juta beb!
Kenape! Tak Percaye? well done Pak Dan.
As 25-june- 2009enchik kalau nak nampak clear lagi, sila click je kat gambar tu . tq.
Bersama Bapak-bapak.
Ajis: Aku terima nikahnya. eeeh silappp...Sorry la bos kalau ada salah & silap sepanjang kita berkerja bersama!
Lumrah manusia, kita ni kadang-kadang ada tak betulnya.
And the last but not least,
Dear  all;
 Hari ini merupakan hari terakhir saya  bersama OSI setelah berkhidmat selama 17 tahun. Segala kenangan bersama anda  semua semasa senang & susah akan tersimpan di hati saya untuk  selama-lamanya.  Kepayahan mengatasi masalah semasa LM/Iswara,  Wira tidak akan saya lupakan. Masih segar dalam ingatan saya kali pertama  OSI dapat membekalkan VIVA ke Perodua anda semua tanpa mengira penat  lelah bersama-sama saya bekerja siang dan malam. Ada kalangan kita  yang terpaksa melupakan berbuka puasa bersama keluarga tetapi tetap  bekerja dan terpaksa berbuka puasa di line. 
 Semua kenangan itu tidak akan saya  lupakan sampai keakhir hayat saya. Saya amat berbangga dan berbesar  hati dapat bekerja dengan anda semua. Saya percaya  saya tidak akan jadi seperti sekarang ini jika bukan kerana anda  semua.
  Di kesempatan ini saya memohon maaf dari anda semua jika sepanjang  perkhidmatan saya ada yang terasa & tersinggung atas cara saya  bertindak. Namun segala-galanya ikhlas untuk kebaikan anda semua dan  syarikat, tidak lebih dari itu. Mulut saya mungkin celupar tapi hati tetap  merasa bersalah untuk membiarkan anda terkapai-kapai. Tunjuk ajar tidak  pernah lekang dari saya untuk anda semua. Saya faham tidak semua yang saya  lakukan itu dapat memuaskan kehendak hati semua orang. Ketidak puas  hati tetap berlaku pada sebahagian dari kita. Sebagai manusia saya tetap ada  kekurangan, kerana tidak ada manusia didunia ini yang sempurna melainkan  Allah. Itu bukan alasan dan kerana itu saya memerlukan kamu semua untuk  saling lengkap melengkapkan antara kita.
  Akhir kata kita berdoa kepada Allah agar kita semua dapat melalui semua  kepayahan ini dengan jayanya. Kita berdoa OSI akan terus maju. Harapan saya  agar kita saling berhubung biar pun jauh.
 Terima Kasih yang tidak ternilai dari  saya;
 Azlan Mohd Sharif
  Card No: 3029.
 Well Done Sir & All The Best!
wassalam............





okeyla
ReplyDelete